MARI BERKONGSI ILMU...

Monday, January 30, 2012

PERKARA-PERKARA SAM'IYYAT

PAHALA


Pahala ialah ganjaran bagi orang yang melakukan 
perkara-perkara yang diperintahkan oleh syarak dan 
meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak. 


Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
                             Surah Al-Zalzalah :7




DOSA


Dosa ialah balasan bagi orang yang melakukan 
perkara-perkara yang dilarang oleh syarak dan 
meninggalkan perkara-perkara yang diperintahkan 
oleh syarak.


Firman Allah Taala yang bermaksud:
" Maka sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah,nescaya akan dilihatnya
 ( dalam surat amalnya )
 Surah Al-Zalzalah :8           




ALAM BARZAKH


Satu alam yang menempatkan orang yang telah mati. Orang yang beriman dan beramal soleh akan mendapat balasan nikmat kubur dan mereka yang kufur akan dibalas dengan azab kubur.




  • Diantara nikmat kubur ialah diluaskan dan diterangkan kubur.
  • Diantara azab kubur ialah himpitan kubur terhadap mayat,pukulan dari malaikat Nakir dan sebagainya.
MAHSYAR

Tempat perhimpunan bagi seluruh manusia dan jin selepas dibangkitkan dari kubur.Orang yang beriman dan beramal soleh akan dibangkitkan dalam keadaan baik sebaliknya orang yang kufur akan dibangkitkan dalam keadaan yang menderita.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
(Ingatkanlah) Masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan
 (untuk menerima balasan), itulah hari masing-masing nampak kerugiannya..
Surah At-Taghobun:9

SYURGA

Syurga ialah tempat nikmat yang abadi,disediakan untuk mereka yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
Balasan mereka disisi Tuhannya ialah syurga Adnin ( tempat tinggal yang tetap),yang mengalir dibawahnya beberapa sungai. Kekallah mereka didaamnya selama-lamanya...
Surah Al-Baiyinah :8

Nama-nama Syurga :

1. Firdaus           5. Darussalam
2. Adnin             6. Ma'wa
3. Khuldi            7. Darul Jalal
4. Na'im             8. Al-Maqam wal Qirar

NERAKA

Neraka ialah tempat azab yang abadi.Di sediakan untuk mereka yang kufur dan menderhaka kepada Allah.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari ahli kitab dan orang-orang musyrikin itu akan ditempatkan didalam neraka Jahannam, kekallah mereka didalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
Surah Al-Baiyinah :6
Nama-nama Neraka :

1. Jahannam        5. Saqar
2. Lazho              6. Jahim
3. Khutomah        7. Hawiah
4. Sa'ir


MALAIKAT

Makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya dan terpelihara daripada maksiat. Mereka bukan lelaki dan bukan perempuan,tidak beribu dan tidak beranak. Mereka tidak tidur,makan atau minum. Mereka dapat menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah.


Bilangan Malaikat yang wajib diketahui ada sepuluh.


1. Jibril - Menyampaikan wahyu            6. Nakir - Menyoal mayat dalam kubur
2. Mikail - Membawa rezeki                  7.Riduwan - Menjaga syurga
3. Israfil - Meniup sangkakala              8. Malik - Menjaga neraka   
4. Izrail - Mengambil nyawa                 9. Atid - Menulis amal kebajikan
5. Munkar - Menyoal mayat dalam         10. Raqib - Menulis amal kejahatan         
                kubur


JIN


Makhluk Allah yang dijadikan daripada api. Ada yang beriman dan ada yang kufur. Boleh menyerupai manusia, haiwan dan sebagainya.


Firman Allah Taala yang bermaksud :
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.
Surah Ar-Rahman :15

                                      Gambar hiasan
MIZAN

Timbangan untuk menimbang amalan manusia atau jin yang mereka lakukan didunia. Orang yang berat timbangan kabaikkannya,Allah masukkan kedalam syurga. Manakala orang yang ringan timbangan kebaikkannya Allah masukkan kedalam neraka.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
Setelah berlaku demikian,maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing).Adapun orang yang berat timbangan amal baiknya,maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya,maka tempat kembalinya ialah Hawiah.
Surah Al-Qariah :6-9

SIRAT

Tempat laluan manusia dan jin untuk sampai ke syurga atau neraka.Mereka yang banyak amal kebaikkanya akan mudah melalui sirat dan terus masuk ke syurga. Manakala mereka yang banyak perbuatan jahatnya akan melalui dengan sengsara dan terus masuk ke neraka.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
Dan tiada seorang pun diantara kamu melainkan akan sampai kepadanya,(yang demikian) adalah satu perkara yang mesti berlaku yang telah ditetapkan oleh tuhanmu.
Surah Maryam :71



LATIHAN

Jawab soalan dibawah :


1. Nyatakan pengertian sam'iyyat?


2. Apakah Hukum mempercayai perkara-perkara sam'iyyat?


3. Senaraikan empat daripada perkara-perkara sami'yyat.


4. Apakah perbezaan pahala dan dosa?


5. Nyatakan pengertian alam barzakh.


6. Tuliskan nikmat kubur dan basan azab kubur ke atas mayat.


7. Nyatakan perbezaan syurga dan neraka.


8. Senaraikan 4 daripada nama-nama syurga dan 4 daripada nama-nama neraka.


9. Senaraikan 5 daripada nama-nama malaikat berserta tugasnya.


10. Nyatakan dari manakah asal kejadian jin?


11. Apakah pengertian mizan?


12. Nyatakan pengertian sirat.






























2 comments:

  1. assalaamualaikum....saya share nota....terimakasih

    ReplyDelete
  2. Play Live Dealer Casinos & Games at JCMH
    You can now play 통영 출장샵 live dealer games at the JCMH 울산광역 출장안마 Live Casino ➤ Grab your Sign Up Bonus ✓ 100% deposit match 태백 출장샵 bonus up to €100 + 100 남양주 출장안마 spins 순천 출장마사지

    ReplyDelete